Senin, 04 Januari 2010

1. Memberi nafkah. Kadangkala ibu bapak ada masalah dengan masalah keuangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas sehari-hari disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk membiayai kebutuhan keluarga yang semakin mahal.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan keuangan kepada ibu bapak. Sumbangan itu tidak seberapa dibandingkan saat ibu bapak membesarkan dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kasus ada ibu bapak yang tidak mempunyai tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapak.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagaimana membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapak. Kasih sayang ibu dan bapa, tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang kedua ibu bapak. Anak sholeh senantiasa memohon kepada Alloh SWT agar ibu bapak mereka diberkati dan dicurahi rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Curahilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapak yang diabaikan akan merasakan kesunyian. Mereka merasa disisihkan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesehatan fisik dan mental ibu bapak.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapak perlu dijaga dan ditumbuhkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kasus anak yang membuang ibu bapak semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapak sendiri.

Banyak ibu bapak yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah jompo. Sukar diterima akal anak berpikiran tidak mampu menjaga ibu bapak. Sedangkan, ibu bapak mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapak seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk keuangan, tenaga dan waktu.

Memenuhi permintaan ibu bapak perlu diutamakan sebanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapak lebih baik sebanding melakukan ibadat sholat sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapak lebih utama berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Alloh SWT??

Lalu baginda Rasul bersabda: Sholat pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda Rasul menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapak. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda Rasul : Berjihad di Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapak sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapak bermakna melakukan perbuatan durhaka.

Anak durhaka kepada ibu bapak tidak mendapat keberkahan dalam kehidupannya.Siapa yang durhaka kepada ibu bapak disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan mendurhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah SWT, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan mendurhaka kepada kedua ibu bapak. Maka sesungguhnya Allah SWT menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapak ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapak sentiasa mengharapkan keberhasilan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keberhasilan agar dapat dibagi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapak.

Jadi, jika memperoleh keberhasilan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapak. Ibu bapak dibawa bersama-sama dalam majlis untuk merayakan keberhasilan tersebut.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berjauhan/terpisah dengan ibu bapak perlu selalu meluangkan waktu mengunjungi ibu bapak. Ibu bapak merasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapak. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapaknya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapak perlu diteruskan biarpun ibu bapak telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapaknya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapak sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapak sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapak sebaik mungkin. Waktu untuk anak berbakti kepada ibu bapak sebenarnya semakin sempit. Lambat laun ibu bapak akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapak atau salah seorangnya masih hidup.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

The World Its Mine